kerilla.zoom-a.com
[schoolname]
[address] Tel : [tel], Faks : [fax]
e-mel : kerilla@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | PERASMIAN | ALBUM SEKOLAH | FALSAFAH PENDIDIKAN | SEJARAH | LOGO SEKOLAH | STAF AKADEMIK | KEPUTUSAN UPSR | KURIKULUM | ALBUM SEKOLAH | AKTIVITI | BERITA TERKINI | DOA SEKOLAH | ENROLMEN PELAJAR | FALSAFAH SEKOLAH | Untitled | Untitled | BUKU PELAWAT | KATA ALU-ALUAN | KOKURIKULUM | LAGU SEKOLAH | MARQUEE | PAUTAN | PIBG | STAF SOKONGAN | VISI & MISI |

Srj

Sekolah Kebangsaan Kampung Kerilla

Sekolah Kebangsaan Kampung Kerilla didirikan pada tahun 1962.Nama yang diambil sempena nama Kampung Kerilla,daerah Temangan,Machang Kelantan. Kampung ini terletak ditengah-tengah lima buah kampung iaitu Kampung Temangan Lama,Kampung Pasir Senor,Kampung Kerilla, Kampung Hau dan Ladang Kuala Hau.
Sekolah ini terletak dikawasan pedalaman Machang dan jaraknya 24 km dari Machang. Sebelum tahun 1983,hanya motorbot sahaja sebagai kenderaan.Pada tahun 1983,sebatang jalan bertanah merah telah siap dibina dan kenderaan lebih mudah digunakan.

Sejarah awal pendidikan diKampung Kerilla sebenarnya mula wujud setelah timbul kesedaran dikalangan beberapa orang penduduk disini.Diantara yang bertanggungjawab ialah Allahyarham Yasim b Yaman, Allahyarham Awang,Penghulu dan beberapa orang lagi.Allahyarham Yasim b Yaman telah menjadikan rumahnya sebagai tempat belajar dan membayar gaji guru Wan Hassan b Wan Muda untuk mengajar anak-anak disini seramai 25 orang.Walau bagaimanapun tempat belajar disini terpaksa ditutup setelah sebuah pusat belajar ditubuhkan oleh Pengurus Ladang Kuala Hau.Anak-anak dari Kampung Kerilla terpaksa berulang alik ke Ladang Kuala Hau untuk belajar.

Orang-orang diKampung Kerilla tidak berpuas hati dengan sekolah diLadang Kuala Hau terus mendesak Penggawa Temangan supaya menubuhkan sekolah disini.Akhirnya pada tahun 1962,hasil daripada gotong-royong penduduk kampung,terbinalah sebuah pondok yang beratap zink dan berdinding buluh diatas tapak seluas 6 ekar yang ditukar kepada kerajaan oleh seorang penduduk disini.Kerajaan telah menghantar seorang guru,Cikgu Yahya bin Awang Kechik untuk mengajar murid-murid seramai 50 orang.

Pada tahun 1964,orang-orang kampung sekali lagi bergotong-royong membina tempat belajar yang lebih besar yang boleh dijadikan 3 kelas.Bilangan guru telah bertambah seramai 3 orang dengan Cikgu Yahya b Awang Kechik sebagai guru besar pada tahun 1965 sekolah di Ladang Kuala Hau telah dicantumkan dengan Sekolah Kebangsaan Kampung Kerilla atas permohonan Pengurus Ladang Kuala Hau kepada Pejabat Pendidikan Negeri Kelantan.Ekoran daripada itu,pada tahun 1967 barulah kerajaan membina sebuah bangunan yang lebih besar.Mulai dari tahun itu,bilangan guru telah bertambah dan seorang guru bahasa inggeris telah dihantar pertama kalinya.Akhirnya pada tahun 1975 sebuah bangunan 2 tingkat telah dibina oleh kerajaan dan bangunan lama yang dibina hasil daripada gotong royong orang kampung itu telah dirobohkan.

Hingga kini,pada tahun 1993 Sekolah Kebangsaan Kampung Kerilla telah menerima berbagai kemudahan daripada kerajaan.sekarang 4 bangunan telah ada dan sebanyak 13 buah bilik darjah termasuk pra sekolah dapat digunakan.Murid-murid sekolah seramai 359 orang,tenaga pengajar seramai 22 orang dan kakitangan bukan akademik seramai 5 orang.


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: